Hari ini kita dikejutkan dengan dua cerita : cerita pertama mengenai Raja Petra Kamarudin (RPK) yang sanggup ke penjara dan cerita kedua tentang ke’biadab’an Karpal Singh (KS) yang mempersoalkan keputusan Raja dan Sultan.
Bagi kes kedua, ia berat sikit, kerana ia telah melanggar adap dan tata susila keMelayuan. Ramai orang Melayu merasa jengkel terhadap kebiadaban KS khususnya mengenai kuasa Sultan selaku ketua dalam urusan berkaitan agama Islam dan adat istiadat Melayu di setiap negeri dalam negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen. Dan sebelum ini KS telah mempersoalkan titah DYMM Yang Di Pertuan Agong, Raja kita. Beliau tidak percaya titah itu titah Baginda!!
Bagi saya, riak-riak pesisiran untuk tidak menghormati dan tidak akur terhadap titah, keputusan dan tindakan Raja atau Sultan sudah mula membuak untuk menjadi gelombang yang lebih besar dan mungkin akan menjadi gelora yang akan mengganas melanda kehidupan kita di Malaysia. Lepas satu perkara sepi, satu isu lain diusik dan dicuit - semuanya untuk menguji sifat keMelayuan orang-orang Melayu. DAP (Dulunya Anak Pendulang, Dulunya Anak Penoreh, Dulu Asalnya Pendatang, Datuknya Adalah Pendatang …. petikan jenaka rakan saya tentang pengertian istilah DAP) tidak serik dan tidak akan berdiam diri selagi perjuangan Malaysian Malaysia dan Bangsa
Sebagai seorang Melayu, saya merasa marah, geram dan panas hati terhadap kebiadaban ini. KS
Wahai Melayu – ke mana hala tuju kita? Sanggupkah anda membakar atap rumah kita sendiri yang selama ini menjadi tempat perlindungan kita, perlindungan anak bini dan cucu cicit kita? Kalau ‘tanah Melayu’ ini tergadai … ke mana kita mahu lari? Kita bukan ada Indian Continent atau Tanah Besar Cina untuk bermastautin – yang kita ada hanyalah tanah sekangkang kera ini. Kita perlu hidup dan mati di sini. Sayangilah