Tuesday, May 6, 2008

Apa nak jadi .....


Semalam diberitakan bahawa seorang suami, Hatib Leman, 35 tahun, di Perlis maut akibat dikeroyok oleh orang-orang kampung yang baran tentang kejadian mengintai dan mencabul yang berlaku di kampung berkenaan.

Berita juga menyatakan bahawa gadis si-mangsa menyatakan bahawa lelaki berkenaan bukan lekaki yang membuat kerja mengintai dan mencabul yang dimaksudkan. Salah tanggapan dan salah identiti tetapi akhirnya mati dibelasah!!

Di mana dan ke mana arah pertimbangan kita - khususnya orang-orang Melayu? Kita terkenal dengan budi bahasa, lemah lembut, tertib, bersopan santun dan baik hati. Adakah kita ini buta dalam celik ataupun celik tetapi buta hatinya!? Lantaran itu kita lupa undang-undang, kita lupa adat resam, dan kita lupa Maha Pencipta yang kita sembah seharian.

Dan hari ini, si-isteri mangsa, Fazilah Muhammad, 34, mengeluh kerana hilang pergantungan. Beliau hilang suami, hilang ketua keluarga, hilang sumber pencarian dan terpaksa menyara lima orang anak berusia dua bulan hingga 17 tahun. Dalam masa yang sama masyarakat kampung yang sepatutnya bersimpati telah menyisihkan beliau. Sedih betul .... tergamak mereka berbuat demikian.

Satu perkembangan terbaru, bahawa polis telah menahan pengeroyok yang terlibat ... tujuh lelaki berusia antara 30 dan 40 tahun direman seminggu dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Saya percaya semuanya Melayu, bukan Melayu kanak-kanak ataupun remaja, malahan Melayu dewasa..... yang kesemuanya mungkin telah berkahwain dan punya anak-anak yang sedang membesar.

Kejadian intai dan cabul serta culik dan rogol memang kerja terkutuk ... kita harus membendungnya. Kita punya pihak berwajib yang menegakan undang-undang. sama ada sivil, jenayah mahupun syariah .... Tetapi, wajarkah kita meletakan kuasa undang-undang di tangan kita?

Saya bersimpati dengan Puan Fazilah dan keluarganya ... Al-Fatihah untuk arwah Hatib Leman, semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT. Waullahualam!



No comments: