Friday, May 2, 2008

Melayu .... ke mana kita ....











Saya berkesempatan menonton dvd bikinan Al Gore bertajuk An Inconvenient Truth yang mengesahkan ancaman dunia ekoran peningkatan karbon dioksida (CO2). Ia merupakan sebuah filem sains yang menarik - bertujuan untuk memberi pembelajaran kepada kita tentang kesan pemanasan global (global warning) akibat pelepasan C02 tanpa henti-henti oleh negara-negara industri maju mahupun yang sedang membangun. Korelasi elemen-elemen yang menjadi sebab musebab ditonjolkan - pencairan airbatu bungkah di Greenland, kebakaran hutan, ketandusan lembah Amazon, rantaian kehidupan laut termasuk terumbu batu karang dan plankton hinggalah ke peningkatan kepadatan penduduk dunia - begitu meyakinkan. Semuanya akan membawa kemusnahan dan malapetaka kepada dunia! Saya mula membayangkan 40 - 50 tahun mendatang - bagaimana penghidupan anak-anak dan cucu cicit kita. Dunia mereka telah musnah ekoran tindak tanduk kita yang hidup di zaman ini.

Benak saya mula mengaitkan filem tersebut dengan suasana penghidupan kita hari ini .... hari-hari yang kita lalui di negara tercinta, Malaysia. Satu fenomena yang begitu merungsingkan ....... r u n s i n g dan p e n i n g ........

Kesan daripada PRU12 begitu bercelaru - BN yang selama ini mendominasikan politik negara telah hilang sengat dan taringnya. Pemerintahan beberapa negeri telah beralih tangan ke pihak pembangkang - BA @ BR. Segelintir pemimpin BN, sama ada dari UMNO, MCA, MIC dan parti-parti komponen, mula bergabung dengan beberapa NGOs dan rakyat, meminta proses peralihan pimpinan negara dilangsungkan dengan cepat. Mereka mendakwa dengan peralihan kuasa atau perletakan jawatan tertinggi ini masalah politik Malaysia akan selesai ..... Tidak kurang yang salah menyalahkan di antara satu sama lain .....

Kesan daripada PRU12 begitu bercelaru - BA @ BR mendakwa mewakili semua kaum sama ada yang berketurunan Melayu, Cina, India ataupun yang lain-lain. Banyak kerusi parlimen mahupun ADUN dapat ditawan - beberapa jawatan Menteri Besar dan Ketua Menteri dapat disandang. Penasihat PKR telah melafazkan cita-citannya untuk bertanding dan menjadi PM ...., BA @ BR mendakwa dengan DSAI menjadi PM semua akan selasai ..... harga minyak turun, harga barang murah, gaji pekerja awam naik, suri rumah menerima elaun dan macam-macam lagi yang dimanifestonya .......

Kesan daripada PRU12 begitu bercelaru - sebagai orang Melayu saya risau sekali melihat gelagat politikus negara. Korelasi di antara filem Al Gore dan fenomena Melayu mungkin berlaku ..... jika filem berkenaan membawa kemusnahan kepada dunia, pola politik tanah air akan membawa kepada kehancuran Melayu.

Melayu saling berkelahi, salah menyalahkan di antara satu sama lain. Melayu UMNO menyalahkan Melayu UMNO lain atas kekalahan dalam PRU12 lalu. Parti UMNO perlekehkan PAS dan parti PAS kafirkan UMNO - walhal mereka seagama. Melayu PKR pertahankan hak bela babi atau bahasa halusnya khinzir dan berjuang bersama-sama anggota HINDRAF - walhal Melayu PKR dan Melayu UMNO seagama. Wacana Melayu tidak lagi sehaluan - mereka sekarang ini bebas mentalitinya. Melayu yang memimpin UMNO tidak lagi perjuangkan rakyat Melayu .... mereka berkiblatkan wang ringgit, kereta mewah, rumah besar dan isteri baru. Marhein Melayu dilihat dengan sebelah mata - rapat mesra menjelang hari pengundian sahaja. Melayu yang merempat, macam saya, tidak dibaruahkan!

Saya khuatir terhadap Melayu - ketuanan Melayu, hak-hak Melayu dan tanah Melayu - sejarah Singapura telah menular ke Pulau Pinang. Melayu PP telah mula terpinggir - lihat sahaja paparan berita Melayu PP dalam akhbar perdana mahupun akhbar picisan. Mungkin ia akan menular lagi ke Perak kerana MB Melayu mungkin menjadi puppet kepada barisan exco yang majoritinya bukan Melayu. Di Selangor, Melayu PKR yang pertahankan projek bela babi di kawasan Melayu walaupun yang mula-mula mendedahkannya exco bukan Melayu. Tanah Melayu yang dahului bersih penuh tanaman pisang dan ubi kayu kini akan dicemari dengan najis dan bau busuk ternakan babi. Mengapa tidak dibuat projek ini di kawasan Cina - kampung-kampung baru ataupun di Pulau Ketam sendiri? Mengapa tidak diimport sahaja daging bagi macam kita mengimport daging lembu dari India ataupun Australia? Di Singapura yang majoriti penduduknya Cina - tidak wujud pun kandang-kandang binatang babi tersebut ! Hai Melayu ...... membabi-butakah tindakan kita?

Kemana anak-anak dan cucu cicit Melayu suatu masa nanti ....... Melayu sendiri yang meramalkan BN akan tumbang dan rebah 'mendebub' pada PRU 13 - timbul era kebangkitan parti-parti multi-ethnics yang mitosnya berteraskan perjuangan hak-hak individu @ human-rights. Melayu, Cina, India dan macam-macam ras lagi duduk sebaris satu sab - sama tinggi sama rendah atau mungkin makan sedulang atau sepinggan .... ada ayam, ada ikan, ada sayur dan mungkin ada 'daging' yang najis ! A'uzubillah ....

Memang Melayu tak hilang di dunia - tapi yang hilang adalah kuasanya, suaranya, tanahnya dan negaranya......nak ke mana kita wahai bangsa Melayuku? Waullahua'lam.

No comments: